skbtsp.zoom-a.com
[schoolname]
[address] Tel : [tel], Faks : [fax]
e-mel : skbtsp@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | FALSAFAH PENDIDIKAN | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | KEPUTUSAN UPSR | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | MARQUEE | BERITA TERKINI | DOA SEKOLAH | ENROLMEN PELAJAR | FALSAFAH SEKOLAH | Untitled | KOKURIKULUM | KURIKULUM | LAGU SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | PANORAMA | SEJARAH | VISI & MISI |

SEJARAH SEKOLAH


Bangunan pejabat sekolah

SEJARAH SEKOLAH____________________________________________________

1917  -   Sekolah Melayu Bukit Tambun adalah bekas tapak BangunanMahkamah Bukit Tambun telah dijadikan sekolah. Mahkamah baru dibina di Nibong Tebal. Mempunyai 2 orang guru dan 45 orang muridlelaki sahaja . Nama Guru Besar tidak dapat diketahui.

1926 -  Sebuah bangunan kayu didirikan untuk ganti bangunan yang telah rosak. Bangunan ini mempunyai 4 buah bilik darjah dan ia dijadikan Sekolah Melayu . Bilangan guru ialah seramai 3 orang  dan 70 orang murid. Nama Guru Besar tidak dapat  dikesan.

1930 En. Daud bin Hj. Salleh adalah Guru Besar pada tahun itu. Bilangan murid ialah 85 orang lelaki dan perempuan.  Ada 4 orang guru.

1935 Guru Guru Besar pada masa itu ialah En. Othman bin Karim. Beliau juga dikenali sebagai Cikgu Othman Pakir. Bilangan murid dan guru semakin meningkat hingga mencapai 97 orang lelaki dan perempuan , dan guru ada 4 orang.

1940 - Guru Besar ialah En. Darus bin Md. Akil . Bilangan murid seramai 108 orang dan 5 orang guru

1941 - Guru Besar ketika itu ialah En. Yahaya bin Chik. Pada masa ini Malaya dipemerintah oleh Jepun. Oleh itu sekolah ini mengguna Bahasa Jepun dan bilangan guru ialah 4 orang. Bilangan murid tidak dapat dikesan.Tahun 1946, selepas Perang Dunia ke 2 , ramai murid ialah 89 orang dan bilangan guru masih kekal 4 orang .

1951 -  Guru Besarnya ialah En. Zakaria bin Daud. Bilangan murid meningkat menjadi 132 orang dengan 5 orang guru. Pelajaran Agama dijalankan sebelah petang.

1956 -  Guru Besar pada masa itu ialah En. Harun bin Md. Wali. Ramai murid 140 orang dengan 6 orang guru. Kelas Agama dan  Bahasa Inggeris dijalankan di sebelah petang.

1961 - Guru Besarnya ialah En Abdullah bin Shariff. Bilangan murid  dan guru sama di tahun 1956 tiada sebarang tambahan.

1966 - En. Abd. Hamid bin Darus ialah Guru Besar pada tahun itu. Murid-murid makin meningkat kepada 160 orang. Bilangan guru menjadi 9 orang termasuk guru Agama dan guru Bahasa Inggeris. Sekolah mengadakan Sistem Ahli Jemaah Pentadbir.

Jawatan Pengerusi yang pertama ialah En. Shafie bin Majid.

Selepas itu En Oum bin Yusof .

1968 Guru Besar ialah En. Ismail bin Sharif. Ramai murid ialah 183 orang dan 9 orang guru termasuk guru Agama. Bilik darjah ditambah di bahagian bawah bangunan sebanyak 3 buah bilik darjah, sebuah bilik guru dan sebuah bilik kutub khanah . Pagar dibina di sekitar kawasan sekolah.

            Dalam 1975  bilangan murid makin meningkat seramai 245 orang dan terdiri dari berbagai bangsa ( Melayu , Cina dan India ) . Murid datang dari Simpang Ampat seramai 120 orang, Bukit Tambun 48 orang dan 77 orang dari Batu Kawan . Sebuah tandas baru dibina. Jalan masuk ke sekolah diturap dengan tar. Elektrik dan paip air mula dibekalkan. Sekolah juga menyertai rancangan Buku Hijau. Pasukan Boria ditubukan dan ramai murid yang menyertainya.

1978 -  En. Ayob bin Ahmad memegang jawatan Guru Besar. Bilangan murid telah menjadi 276 orang dan 12 orang guru termasuk guru Agama.  156 orang datang dari Simpang Ampat , 55 orang dari Bukit Tambun  dan 65 orang dari Batu Kawan . Bangunan sekolah baharu dibina  (Blok B sekarang ), mengandungi 6 bilik darjah, sebuah bilik TV, sebuah bilik Guru Besar dan pejabat, tandas guru, tandas murid dan kantin.

1980 - Guru Besar bernamaY.M. Tengku Ismail bin Tengku Daie dilantik. Ramai murid 297 orang dan 12 orang guru serta seorang tukang kebun.

En. Hassan bin Abd Ghani menjadi Guru Kanan sekolah ini.Mempunyai 2 buah bangunan sekolah ( termasuk bangunan yang dibina 1926 – lama ). Ada sebuah  Rumah Guru

Pada awal 1979 – sebuah bangunan baru dan sebuah kantin dibina.  

    Kedua-dua bangunan ini siap pada akhir bulan Oktober 1979.

Awal April 1980 , Guru Besar Y.M. Tengku Ismail bin Tengku Daie    

    dilantik sebagai Pengerusi Expo Sains & Hisab bagi daerah Seberang 

    Perai Selatan.

Pada bulan Julai 1980 , 2 orang pekerja ditambah iaitu Pelayan 

    Pejabat  dan Tukang Sapu.

Pada bulan Julai 1981 , seorang Kerani Rendah telah dilantik . Sekolah 

    mendapat 4 orang pekerja semuanya.

Pada 16 Mac Julai 1983, seorang jaga telah dilantik untuk bertugas di 

    sekolah ini . Bilang pekerja bertambah menjadi 5 orang 

    semuanya.Kejayaan yang diraih oleh sekolah.

1980  - Dalam bidang olahraga  peringkat  zon , sekolah telah meraih    

    3  pingat emas , 4  perak dan 3 gangsa. Di peringkat negeri  pewakili 

    pasukan negeri Pulau Pinang ke peringkat   Kebangsaan  di Kelang , 

   sekolah telah meraih 1 emas , 2 perak dan 1 gangsa . 2 orang murid  

   terpilih mewakili Pulau Pinang ke peringkat   Kebangsaan  di Johor.

   1981 - Johan Pasukan dan Regu Sepak Takraw peringkat daerah. 2  orang pemain terpilih mewakili pasukan negeri Pulau Pinang ke peringkat   Kebangsaan  di Kelang , Selangor.

1982    -  Sepak Takraw menjadi Johan Zon Selatan di daerah PPS selatan ,  Pulau Pinang. Pasukan Bola Jaring menjadi Naib Johan Peringkat Negeri  Pulau Pinang. Seorang pemain mewakili Pulau Pinang ke peringkat Kebangsaan di Perlis.

1983    -  Pasukan Bola Jaring menjadi johan peringkat negeri Pulau Pinang.

1984    -     Guru Besar: Hj. Mohd. Desa bin Udoh PJM.Ramai murid 306 orang dan 14 orang guru.

1984    -     Guru Besar: En. Mohd. Noor bin Saman. Norhaslinda bt Yaakob,Tokoh Kanak-Kanak (Perempuan) peringkat kebangsaan.Menerima anugerah di USM, Pulau Pinang. Bangunan sekolah baharu dibina (Blok C ).Bangunan dua tingkat inimengandungi bilik Guru Besar dan pejabat,3 buah bilik darjah,sebuah surau,sebuah bilik perpustakaan, sebuah klinik pergigian,sebuah bilik buku teks,sebuah bilik pusat sumber dan tandas di setiap tingkat.Sebuah padang yang lebih luas diperolehi.

1986    Guru Besar: En. Ellias bin Abdullah

1988 -  Guru Besar: En. Abd. Rahim bin Md. Noor.Johan Bola Jaring peringkat negeri Pulau Pinang.

1992        -  Pendidikan Prasekolah diperkenalkan. Bilik Pra sekolah ialah di Blok  C ( Klinik Pergigian sekarang )   Guru Prasekolah ialah Puan Latifah dari 1992 hingga 1993 .Cik Siti Nor bt Salleh  dari 1994 hingga 2004

1993        -  Dua sesi persekolahan, pagi dan petang.

                   -  Jumlah murid 512 orang.

 -  Kantin sekolah diperbesarkan.       

1994    -     Guru Besar: En. Hussain bin Abd. Rahim.               

1998    -     SGuru Besar : Saidin bin Hussain        

2001    -  Prasekolah berpindah ke Blok B yang lengkap dengan pasarananya

2003    -  Awal tahun sekolah ini telah di pecahkan kepada 2. Separuh dari     pelajar tersebut ke Sekolah Kebangsaan Batu Kawan. menjadi 1 sesi .Bilangan murid yang tinggal tidak dapat dikesan.Akhir Tahun 2003 – April  2006   - Abdul Nasir bin Jamaludin. Kelas ada 12 dari tahun 1- 6 dan bilangan murid ialah  315 orang .PRA sekolah ada 1 kelas dan 25 orang murid .Bilangan guru ialah 28 orang . 5 orang staf sokongan. Seorang Pembantu PRA.

2005        -  Guru Pra sekolah ialah Pn. Amilah bt Shukor. Prasekolah mendapat  pondok permainan dan taman mainan kanak-kanak.

01  Oktober 2006 – sekarang   -    Sa’diah bt Hassan        

Kelas ada 12 dari tahun 1- 6 dan bilangan murid ialah  314 orang .PRA sekolah ada 1 kelas dan 25 orang murid .Bilangan guru ialah 28 orang . 6 orang staf sokongan. Seorang Pembantu PRA

2006 – Disember . Dewan sekolah telah dapat peruntuk untuk membuat pentas dan juga pembahagian kelas. Kini dewan juga boleh diguna  untuk dijadikan kelas. 

2007 – Kelas ada 11 dari tahun 1- 6 dan bilangan murid ialah  275 orang .PRA sekolah ada 1 kelas dan 22 orang murid  .Bilangan guru kini ialah 28 termasuk  2 orang guru j-QAF . 5 orang staf sokongan. Seorang Pembantu PRA. Jaga bersara pada bulan Oktober. Bilik Muzik telah diujudkan di bahagian belakang dewan sekolah. Bilik Akses IT juga telah dibina melalui BTP di blok B dan sebelahnya ialah bilik pemulihan yang telah dipinda kedudukannya.Kelas j-QAF juga telah dimula pada awal tahun persekolahan. Akhir Tahun, sekolah dapat peruntukan untuk menaikkan taraf pejabat pentadbiran , bilik guru dan Pusat Sumber Sekolah. Program Khidmad Bantu untuk Pusat Sumber Sekolah telah dijalankan oleh pihak PSPN / PKG dan PSS sekolah yang berdekatan. Dalam Aktiviti kokurikulum Akademik- Pasukan Nasyid mendapat Naib Johan di peringkat Zon Nibing Tebal

2008 Awal tahun , Kelas j-QAF kini telah bertambah menjadi 3 kelas iaitu murid Tahun 1dan 2  pada awal tahun persekolahan. Kelas ada 11 dari tahun 1- 6 dan bilangan murid ialah  246 orang .PRA sekolah ada 1 kelas dan 19 orang murid ( mulai Mac) .Bilangan guru kini ialah 28 termasuk  2 orang guru j-QAF . 5 orang staf sokongan. Seorang Pembantu PRA. Februari – Mohamad Hafizh bin Zulkifli mewakili sekolah dalam acara olahraga Lontar peluru ( emas ) di peringkat Zon Nibong Tebal dan ke peringkat negeri mendapat tempat ke 6. May – Sekolah mendapat peruntuka RM50 000  , membina bilik pemulihan. Oleh kerana itu bilik pemulihan di pindahkan ke Blok C .Bilik mesyuarat juga dapat diadakan dalam keadakan yang sederhana dan dapat diguna dari masa kesemasa 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bangunan Makmal sekolah

.

Bangunan kantin sekolah

Bangunan Perpustakaan sekolah

Menjelang tahun 1962, sekolah ini semakin berkembang maju. Pada masa itu, bangunan sekolah ini bertambah menjadi tiga buah bangunan dengan jumlah sembilan buah bilik darjah dan menampung kira-kira 220 orang murid.

Pada tahun 1975, sekolah ini mempunyai lokasi seluas lima ekar dan turut didirikan bangunan konkrit. Bangunan konkrit ini telah dirasmikan pada hari Khamis, 19 Februari 1976 oleh Yang Berhormat Dr. Mahathir bin Mohamed, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu.

Ramai bekas murid sekolah ini telah berjaya mencipta nama dalam pelbagai bidang, sama ada dalam sektor awam ataupun swasta.
 


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: